Budaya Rasuah

Budaya Rasuah

  • Submitted By: gulagila
  • Date Submitted: 04/05/2010 3:34 AM
  • Category: English
  • Words: 331
  • Page: 2
  • Views: 290

Budaya Rasuah

Perbuatan memberi dan menerima rasuah adalah tindakan keji yang dikutuk oleh masyarakat dan agama. Namun, gejala ini masih berleluasa di dalam masyarakat kita. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil langkah–langkah yang sewajarnya untuk menghapuskan gejala ini.

Pada pendapat saya, tindakan utama yamg harus diambil oleh kerajaan ialah menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan ini. Tidaklah adil untuk kita mengharapkan semua anggota masyarakat menyedari keburukan amalan ini. Malah bagi sesetengah anggota masyarakat, sogokan yang diberikan merupakan sebahagian daripada budaya bagi melancarkan sesuatu urusan. Mereka tidak nampak sebarang kesalahan dalam berbuat demikian. Oleh yang demikian, kerajaan perlu melancarkan kempen bagi menyedarkan golongan ini tentang implikasi perbuatan tersebut yang bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi juga dikutuk Tuhan. Begitu juga pihak yang menerima rasuah perlu diberikan kesedaran bahawa sogokan yang diterima itu haram dan tidak mungkin diberkati Tuhan.

Kerajaan juga wajar mengadakan kempen untuk menggalakkan pihak yang menjadi mangsa tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat tentang pihak yang menagih sogokan daripada mereka. Pada masa sekarang, banyak orang yang enggan melaporkan kejadian tersebut kerana khuatir diri mereka akan dikenakan tindakan. Ada juaga anggota masyarakat, terutamanya golongan daif, kurang pendidikan dan miskin beranggapan bahawa kerajaan akan sentiasa berpihak kepada kakitanganya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan tegas terhadap mereka. Kerajaan perlu menyedarkan golongan ini bahawa pihak berkuasa tidak pernah “memilih bulu” dalam mengambil tindakan dan segala aduan mereka akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Kerajaan harus menggubal semula undang-undang agar mereka yang didapati bersalah kerana memberi atau menerima rasuah dikenakan hukuman yang lebih berat setimpal dengan perbuatan terkutuk tersebut....