Data Korpus Sebagai Data Bahasa Berautentik

Data Korpus Sebagai Data Bahasa Berautentik

DATA KORPUS SEBAGAI DATA BAHASA BERAUTENTIK

Disediakan oleh:

Hishamudin Isam
din@uum.edu.my

dan

Norsimah Mat Awal
norsimah@ukm.my

Abstrak

Keperluan menentukan data mana yang paling sesuai digunakan dalam kajian kebahasaan sering mengundang perbahasan yang menarik untuk dikupas. Sifat autentik sesuatu data membolehkan sesuatu kajian menjadi lebih emperikal dan disahkan kredibilitinya. Oleh itu, kertas kerja ini cuba meneliti, menghurai dan menjelaskan pewajaran menggunakan data korpus sebagai data bahasa berautentik, setelah menelusur pelbagai kajian kebahasaaan yang menggunakan data ini secara meluas. Bukti dapatan menunjukkan data korpus berupaya memberi dimensi baru dalam wajah penyelidikan kebahasaan di Malaysia. Hasilnya, pelbagai persoalan kebahasaan yang selama ini sering mengundang polemik, berjaya dirungkai. Yang paling penting, persoalan ‘rumus mengikut pengguna’ atau ‘pengguna mengikut rumus’ dapat dibahaskan dengan lebih saintifik dan ilmiah.

Pengenalan

Data kajian merupakan bahagian terpenting dalam membincangkan metodologi sesuatu penyelidikan kerana ia menjadi penentu kepada hala tuju sesebuah penyelidikan. Menurut Syed Arabi Idid (2002), data yang baik ialah data yang benar, lengkap dan dapat digunakan secara meluas, serta dapat memberikan gambaran tentang sesuatu masalah secara menyeluruh.
Dalam membincangkan pemilihan data bagi kajian linguistik, Geeraerts, Grondelaers, dan Barema (1994) mengatakan terdapat tiga (3) kaedah dalam memilih data, iaitu pertama, dengan menggunakan kaedah introspeksi (bermuhasabah). Kaedah ini dilakukan dengan proses membuat penilaian sendiri untuk memikirkan bagaimana sesuatu bahasa digunakan. Walau bagaimanapun, timbul persoalan menggunakan kaedah ini kerana, apa yang kita fikir kita lakukan dalam penggunaan bahasa, mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku dalam penggunaan bahasa yang sebenar. Ini bermakna, kaedah ini sangat berkesan untuk menunjukkan bukti yang tulen...

Similar Essays