Gubahan Bunga

Gubahan Bunga

  • Submitted By: mezuno89
  • Date Submitted: 03/21/2011 10:34 AM
  • Category: Business
  • Words: 679
  • Page: 3
  • Views: 683

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi
Semester II, Sidang Akademik 2010/2011

-------------------------------------------------
HBT206/3 MENGHASILKAN DAN MENYUNTING TERJEMAHAN


Cara Mudah untuk Menggubah Bunga
Oleh California Cut Flower Comission
Petua untuk Memulakan Gubahan
Gubahan bunga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis pasu atau bekas yang sesuai. Teko teh antik, pasu hiasan, pasu kristal dan tembikar kaca adalah antara jenis bekas bunga yang boleh digunakan unutk menggubah. Bagaimanapun, elakkan bekas yang diperbuat daripada besi atau keluli.
* Petua- - Pastikan pasu hiasan bersifat kalis bocor atau berbentuk tirus pada bahagian hujungnya dan mempunyai ruang takungan air yang cukup besar untuk memuatkan bunga. Sesetengah gubahan memerlukan penggunaan span supaya bunga tegak.
* Petua --Pastikan span direndam dengan air yang mengandungi limau purut dan sedikit gula sebagai bahan yang mampu memelihara kesegaran bunga. Biarkan air meresap ke dalam span sepenuhnya. Kemudian, potong span mengikut bentuk bekas bunga. Pastikan span tidak terlalu penuh supaya terdapat ruang untuk air dalam bekas. Span mudah dipotong ketika basah.
Jika bunga tidak tegak
Pastikan pasu tidak terlalu rendah berbanding bunga. Sebaiknya, keitnggian pasu handaklah setengah dari ketinggian bunga.
Letakkan pita pelekat pada ruang atas pasu dengan bentuk petak kecil, grid. Kemudian, masukkan bunga ke dalam ruang petak tersebut.

Jika bunga dipotong terlalu pendek
Letakkan batu kelikie atau biji guli pada ruang tapak pasu. Selain itu, kuntuman bunga juga boleh dibiarkan terapung pada permukaan pasu bagi menampakkan suasana yang lebih menarik.

Cara untuk menyiram gubahan bunga
Bagi mengelakkan air tertumpah semasa menyiram, gunakan pipet supaya air mudah mengalir ke dalam corong pasu yang sempit mahupun susunan bunga yang padat.

Senarai tiga jenis bentuk bunga:
Bertangkai tunggal, berbunga...