Ikan Terumbu Karang

Ikan Terumbu Karang

  • Submitted By: adiputra
  • Date Submitted: 11/15/2010 8:24 PM
  • Category: Science
  • Words: 4433
  • Page: 18
  • Views: 270

1. Pengenalan
1.1 Tujuan
Standard Antarabangsa untuk Perdagangan Ikan Terumbu Karang Hidup untuk dimakan ini
bertujuan untuk mempromosikan “kemapanan industri perikanan,” iaitu penangkapan spesies
yang dipilih dikendalikan dengan cara, dan pada kadar bahawa 1) ia tidak mengancam
kesihatan stok dan ekosistem yang menjadi tempatnya bergantung, atau 2) ia tidak menyekat
pemulihan stok atau ekosistem jika ia sebelumnya dikurangkan di bawah tahap yang
bersesuaian.
1.2 Objektif
1.2.1 Kemapanan Industri Perikanan
Keperluan Standard ini berdasar kepada:
a) Penyelenggaraan (dan) atau pembangunan semula populasi spesies sasaran yang
sihat;
b) Penyelenggaraan (dan) atau pembangunan semula integriti ekosistem marinnya;
dan
c) Pembangunan dan penyelenggaraan sistem pengurusan industri perikanan yang
efektif untuk spesies sasaran dan ekosistemnya.
1.2.2 Pematuhan Terhadap Pihak Berkuasa yang Ada
Keperluan dalam Standard ini mengiktiraf pentingnya pengurusan industri perikanan
dan pelaksanaan yang dilakukan dengan cara yang konsisten dengan undang-undang
setempat dan nasional serta persefahaman dan kesepakatan antarabangsa serta
mematuhi dokumen ini.
1.2.3 Hak Nelayan dan (Pihak Berkepentingan) Pemegang Saham yang Lain
Keperluan dalam Standard ini mengiktiraf perlunya untuk memantau dan menghormati
kepentingan jangka panjang orang yang bergantung kepada penangkapan ikan untuk
makanan dan mata pencarian sejauh hal tersebut konsisten dengan kemapanan
ekologi.
Keperluan ini juga mengiktiraf bahawa kemapanan industri perikanan akan
mengekalkan potensinya untuk memenuhi keperluan dan aspirasi generasi nelayan
masa kini dan akan datang serta yang lain yang berminat terhadap kesihatan ekologi
dan kemapanan stok dan ekosistem terumbu karang tempat asalnya.
1.2.4 Penglibatan Pemegang Saham (Pihak Berkepentingan)
Keperluan dalam Standard ini mengiktiraf dan menekankan bahawa usaha pengurusan
kemungkinan berjaya dalam mencapai matlamat pemeliharaan dan...