Pendekatan Bertema

Pendekatan Bertema

Pendekatan Bertema
Pendekatan tematik adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu topik yang dipilih bersesuaian dengan kehidupan murid, masa, tempat dan minat murid. Pemilihan tema dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah :
• Berasaskan cadangan murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa;
• Merentas atau berkaitan dengan komponen;
• Meluaskan pengetahuan dan kemahiran murid serta pengukuhan kesepaduan; dan
• Mempunyai pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.
Posted by I N D A H
Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi...