Pengenalan Kepada Masyarakat

Pengenalan Kepada Masyarakat

BAB 1
PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT

OBJEKTIF
■ Memahami konsep masyarakat dan masyarakat majmuk
■ Menghuraikan ciri-ciri dan faktor-faktor yang berkaitan masyarakat
■ Mengetahui kepentingan masyarakat dan kesan perubahan yang terdapat dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Masyarakat

1. Mengikut Kamus Dewan definisi masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

2. Menurut Roucek & Warren (1979): satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

Ciri-ciri utama masyarakat:
a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

Masyarakat yang terdapat di Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk.

■ Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

■ Masyarakat Majmuk (Kamus Dewan)
Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.

■ Kamaruddin Jaafar
Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak bersatu.’

■ Konsep Masyarakat Majmuk
Mula dipelopori oleh J.S. Furnivall dalam kajian yang dibuat di Indonesia dan Burma.

■ Menurut Furnivall :

a) Masyarakat majmuk merujuk kpd masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di bawah satu sistem politik.

b) Ia muncul akibat drpd dasar-dasar penjajah yang menggalakkan...