Perjanjian Inggeris 1824

Perjanjian Inggeris 1824

  • Submitted By: apisj5
  • Date Submitted: 10/16/2009 9:34 PM
  • Category: History Other
  • Words: 1750
  • Page: 7
  • Views: 1045

Perjanjian Inggeris 1824

Pengenalan
Perjanjian Inggeris 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Faktor-faktor membawa kepada perjanjian
1. Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.
Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.
Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum...