Wutever

Wutever

{draw:frame}
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN
~PRINSIP EKONOMI~
“WANG”
PENSYARAH:
~NOR FADILAH BT BAHARIN~
NAMA PELAJAR & NO MATRIK:
~MA SUHANA BINTI SUHAIMI (2009002393)
~NORAZWANI BINTI ALI (2009002392)
~NUR MAISARAH BINTI HJ KODIT (2009002396)
~MARDHIAH BT MOHD ANUAR (200900)
~NOR AFIZAH BINTI ALI (200900)
~NOR SHAHIDA BI
Wang sebagai satu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam
kegiatan jual beli dan urusniaga lain.
Misalnya, wang kertas dan syiling telah diterima oleh masyarakat. Masyarakat menggunakan
wang sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli serta dalam urusniaga lain.
Dalam ekonomi yang moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk memiliki sesuatu barang. Berikut adalah peranan wang yang digunakan dalam urusniaga, iaitu :
Dengan menggunakan wang, individu yang inginkan sesuatu barang tidak lagi memerlukan dua kehendak serentak. Ia hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukan.
2. Alat Satuan Nilai
Dengan menggunakan wang,individu akan menilai sesuatu barang dalam unit wang iaitu ringgit dan sen. Misalnya, barang X bernilai RM10 dan barang Y bernilai RM50. Dengan ini pembeli boleh membandingkan nilai suatu barang dengan barang yang lain dalam unit ukuran yang sama.
Wang boleh digunakan dalam urusniaga kredit kerana nilainya yang stabil. Dalam ekonomi yang stabil tanpa inflasi, peniaga sanggup menjual barang secara kredit kerana nilai benar wang semasa penerimaan adalah sama dengan nilai benar wang semasa penjualan barang. Oleh itu, masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunda dapat diatasi.
4. Alat Penyimpan Nilai harta atau kekayaan
Wang boleh dijadikan sebagai alat penyimpanan nilai yang baik kerana nilainya yang stabil dan sifatnya yang tahan lama. Dalam ekonomi...