Deepavali

Deepavali

  • Submitted By: voon880
  • Date Submitted: 02/24/2009 7:44 PM
  • Category: Religion
  • Words: 329
  • Page: 2
  • Views: 2186

Hari Deepavali Pengenalan Kepentingan dalam agama Hindu Perkataan Sanskrit "Deepavali" membawa maksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit yang semakin hari merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara. Secara ringkas, Deepavalli menandakan pembebasan duniawi, dan kesedaran pencerahan rohani yang membawa bersama nilai-nilai universal seperi kasih sayang, kemanusiaan, dan kesedaran pluralisme sejagat dan akhirnya ketenangan jiwa dapat dicapai. Kepentingan Esoterik Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman). Cerita berkaitan perayaan Deepavali Beberapa peristiwa mitos yang diingati oleh orang hindu: Lima hari Diwali Di kebanyakan India Utara , sambutan Deepavali akan diadakan selama lima hari. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.Berikut adalah gelaran lima hari sambutan Deepavali: a)Dhanatrayodashi atau Dhan teras – Dhan membawa maksud “kekayaan”manakala b)Naraka Chaturdashi – Chaturdashi adalah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh c)Lakshmi Puja – merupakan hari yang paling dalam perayaan Deepavali d)Govardhan Puja – hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra e)Bhaiduj – hari ini merupakan hari dimana adik-beradik akan bertemu dan meluahkan kasih sayang antara satu sama lain Sambutan hari Deepavali di Malaysia Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalankan mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan...