Managing Abseenteeism

Managing Abseenteeism

  • Submitted By: rsthyhy
  • Date Submitted: 03/13/2009 6:56 PM
  • Category: Business
  • Words: 857
  • Page: 4
  • Views: 593

[pic]

Cadangan Kertas Kerja Bagi Program
Eksekutif Diploma Pengurusan Sumber Manusia

Institute Professional Development
Open University Malaysia

Bidang Penyelidikan
Kajian mengenai tabiat ponteng kerja dan datang lewat dan kaedah-kaedah untuk mengatasinya di Radicare (M) Sdn Bhd.

Tajuk
Satu Kajian Khas terhadap Pengurusan Kedatangan Ke arah Ponteng Sifar di Radicare (M) Sdn Bhd.

Latarbelakang Projek

Masalah-masalah berkaitan dengan isu-isu ketidakhadiran atau ponteng kerja serta datang lewat tanpa alasan yang kukuh merupakan masalah yang besar yang kerap dihadapi oleh kebanyakan organisasi. Ketidakhadiran berlaku apabila pekerja sesebuah organisasi itu tidak hadir bekerja disebabkan cuti berjadual, sakit, kecederaan dan sebagainya. Kes-kes yang melibatkan pekerja tidak hadir tanpa alasan yang kukuh kian hari kian meningkat. Pekerja yang tidak gembira atau mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap pekerjaannya atau majikannya lebih cenderung untuk tidak hadir bekerja atau sengaja mencari berbagai alasan untuk datang lewat ke tempat kerja.

Pihak organisasi seharusnya memandang serius kes ketidakhadiran ini kerana tabiat ponteng dan datang lewat merupakan satu ancaman besar kepada kecemerlangan organisasi. Apatah lagi kini keadaan semasa dalam dunia perniagaan yang kian berubah yang mengaitkan kecemerlangan organisasi dengan prestasi sumber manusia, produktiviti, komitmen organisasi dan yang terpenting ialah kehadiran tepat pada waktunya di tempat kerja. Pihak Organisasi harus ingat bahawa kos yang akan ditanggung mereka akibat ketidakhadiran kakitangan mereka seperti produktiviti yang menurun contohnya yang mana memang sukar untuk dinilaikan.

Kaji selidik oleh sumber-sumber kerajaan di Negara-negara maju contohnya oleh ‘U.S. Bureau of the Census dan U.S. Buruau of Labor Statistics’ telah mendapati kerugian akibat ketidakhadiran ini lebih daripada $40 billion setahun, bermakna dalam satu tahun, pekerja telah tidak hadir bertugas...

Similar Essays