Aku Cinta Kau Dan Dia

Aku Cinta Kau Dan Dia

AKU CINTA KAU DAN DIA

Cinta itu Ya TuhanKu, cinta itu ibunda, cinta itu perempuan. Lahirnya tercipta perempuan untuk dicintai adam. Seperti mana cintaku kepada seorang wanita bergelar ibunda. Ibu yang telah membesar menjagaku dari tidak berumur hinggalah dewasa dan mengenal erti cinta kepada hawa. Perempuan, wanita, gadis nama yang sama untuk digelar dan dicintai. Lelaki itu atau dia adalah yang ingin mencintai atau adakah dicintai. Lelaki itu suka berhayal tentang cinta sejatinya atau mungkin hayalan berlaka tanpa kesahihan alam dunia. Manusia suka berhayal dan berimaginasi kerana hanya itu yang tanpa batasan, boleh terbang sampai terlepas bulan. Namun, terhenti kerana akal lelaki itu menyedari siapa dirinya, tetapi tetap ingin setia pada hayalan tentang cinta sejatinya.

Hari berganti hari, dunia semakin tua, lelaki itu atau dia bertambah dewasa dan matang tentang hal dunia layaknya. Belajar disekolah seperti satu kewajipan, seperti biasa, seperti yang selalu dia lakukan. Kerana tiada apa yang boleh dia perolehi selain daripada ilmu yang guru sampaikan. Sekolah dan sekolah terus sekolah, terus begini bukanlah mudah, banyak tanggungjawab dan banyak karenah. Fikiran dia pada ketika itu tidak ubah layaknya seperti seorang kanak-kanak yang naïf, yang tidak mengerti apa-apa selain berusaha. Mencari lambang kehidupan sebenar didunia. Namun segalanya seperti berubah semenjak dia mula mengenali erti cinta, nafsu, dan kecewa. Seperti hidup didunia yang banyak warnanya. Seronoknya keindahan dunia.

* * *

Indahnya sungguh hari itu, semua hadir ke sekolah seperti biasa. Dia juga merasakan hari itu seperti biasanya, tidak ada yang istimewa daripada ilmu daripada guru. Tetapi nyata berbeza apabila seorang gadis yang bersekolah disesi petang datang ke sesi pagi untuk membantu gurunya dan telah datang ke kelas untuk menemui abangnya. Tiada yang istimewa dari gadis itu, orang lain seperti biasa memandangnya, tetapi pada zaman lelaki itu yang baru berusia lima...

Similar Essays