DISKRIMINASI
“Diskriminasi adalah bukan dalam bentuk pemikiran tetapi berbentuk tindakan luaran apabila ahli sesuatu kumpulan diberikan layanan yang tidak disenangi atas dasar agama, etnik atau ras”…Zanden(1968)
Definisi: Layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan disebabkan perbezaan ras,jantina,kebudayaan, warna kulit, agama ,kelas social atau taraf hidup.
Bentuk –bentuk Diskriminasi:
1. Diskriminasi dengan sengaja
Penglahiran perasaan benci,kekasaran,atau ketidaksamaan layanan secara terbuka atau terang –terangan kepada anggota kumpulan tertentu dengan tidak mengambilkira keupayaan anggota kumpulan itu melaksanakan sesuatu kerja .
Contoh:Iklan untuk pekerja baru yang hanya menyenaraikan kerja untuk pekerja lelaki atau perempuan sahaja.
2. Diskriminasi layanan tidak sama
Menggunakan satu set piawai,tatacara atau kemudahan yang tertentu dalam melayani anggota kumpulan tertentu.
Contoh:Ujian khas untuk orang kulit hitam manakala ujian yang lain bagi orang kuit putih.
3. Diskriminasi kesan tidak sama
Melibatkan penggunaan piawai,tatacara atau kemudahan yang sama bagi setiap anggota kumpulan dengan kesedaran bahawa diskriminasi memberi kesan negative kepada anggota tertentu dalam kumpulan.
Contoh:Iklan mengambil pekerja baru disiarkan di dalam akhbar tetapi hanya menarik perhatian anggota kumpulan tertentu dan anggota kumpulan lain tidak mengetahui iklan berkenaan kerana tidak berminat dengan media berkenaan.
4. Diskriminasi masa lalu
Perlakuan berlandaskan diskriminasi yang biasa dilakukan terhadap anggota kumpulan tertentu pada masa lalu.
Contoh:Seseorang yang pernah dinafikan sesuatu pekerjaan kerana berpakaian menutup aurat akan terus dinafikan peluang bekerja dengan adanya syarat yang lebih ketat supaya mereka tidak akan bersaing untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
5. Tindakan balas terhadap orang yang menentang diskriminasi
Ditujukan kepada mana-mana anggota kumpulan yang menentang amalan...