The Oath of the Horatti

The Oath of the Horatti

The Oath of the Horatti (1784)
- Jacques-Louis David

Jacques-Louis David merupakan tokoh pengkarya utama dalam aliran Neo-Klasik. Gaya klasik David adalah implikasi daripda beliau memenangi ‘The Royal Academy’s Prix de Rome’, membolehkan beliau membuat kajian dengan lebih dekat terhadap seni Rom (Roman Art) , dan kesusasteraan Itali yang dipengaruhi oleh budaya Greek. Beliau menolak aliran Rokoko, iaitu aliran yang terkenal semasa zaman mudanya, kerana menganggap aliran tersebut tidak asli.

Karya Jacques-Louis David, The Oath of the Horatti (1784) menggambarkan konflik di antara cinta dan perjuangan. Pelukis ini menggambarkan watal-watak pahlawan yang mempunyai tubuh yang gagah dan sasa serta mempunyai semangat juang yang tinggi dan seolah-olah hidup.

Karya catan ini mengandungi prinsip perspektif atmosfera (penggunaan warna untuk menimbulkan ilusi ruang). David menggunakan warna-warna yang terang/panas seperti merah dan kuning untuk subjek utamanya, iaitu 3 orang pahlawan, yang disusun berlapis dengan penggunaan warna yang berbeza untuk mendapatkan gambaran perspektif.

Pemandangan atau objek tiang yang berada di belakang diwarnakan dengan warna-warna yang pudar dan lembut supaya kelihatan jauh di belakang. Media yang digunakan ialah cat minyak atas kanvas. Selain itu, wanita-wanita yang digambarkan di dalam karya tersebut menjadi semangat perjuangan wira-wiranya.

Catan ini juga menunjukkan susunan bentuk-bentuk yang formal dan dingin dengan menekankan ketepatan lukisan, menyifatkan gaya ekspresi Neo-Klasik. Gaya dan hal benda (subject matter) dipengaruhi oleh seni arca Greek Kuno dan Rom. David juga sering menumpukan aspek komposisi mendatar (horizontal); beliau menggambarkan pemandangan seolah-olah berada di atas pentas dalam karyanya.

Selain itu, butiran yang jelas dan realistik dalam pengkaryaan nampaknya menjangka kehadiran/kedatangan penghayatan seni fotografi.

rt

Similar Essays