“Penggunaa Perisian Komputer E-Lab Dalam Meningkatkan Kefahaman Dalam Bab Penjelmaan Iii”

“Penggunaa Perisian Komputer E-Lab Dalam Meningkatkan Kefahaman Dalam Bab Penjelmaan Iii”

  • Submitted By: faridz
  • Date Submitted: 10/23/2008 4:37 AM
  • Category: Book Reports
  • Words: 6587
  • Page: 27
  • Views: 1

BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan matematik adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar tentang kaedah, kemahiran dan keterangan dalam matematik (Noraini Idris, 2001, m.s.5). Tambahan pula, tuntutan pada masa kini yang amat menitikberatkan pengetahuan matematik. Perkara ini telah disedari oleh masyarakat di negara ini.

Teknologi maklumat adalah satu era yang mengaitkan sesuatu teknologi moden dengan setiap bidang kehidupan. Suatu prasarana pendidikan dalam era teknologi maklumat ini perlu dipertingkatkan supaya bidang ini sentiasa seiring dengan kecanggihan teknologi. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya menggunakan teknologi terkini untuk membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea Matematik. Penggunaan komputer dalam proses pembelajaran semakin menarik perhatian. Ini kerana selain daripada alat bantuan mengajar seperti kapur, papan hitam, televisyen dan lain-lain, komputer juga boleh dijadikan alat bantuan mengajar di dalam kelas. Penggunaan teknologi di dalam kelas berlaku setiap hari sekarang.”Information and Communication Technology” atau ICT, kini teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja menghantar data tetapi membolehkan kita bertukar-tukar pendapat serta dapat bekerja sama-sama. Contohnya, melalui emel atau persidangan program komputer.


1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam kehidupan kita sehari-hari,kita sentiasa mengalami perubahan akibat daripada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sentiasa berkembang. Penggunaannya dalam apa jua bidang pada masa kini sudah menjadi satu kemestian. Kebanyakkan daripada kita kini mempunyai cek...

Similar Essays